Adab-adab dalam Islam

Adab Berpakaian

Syarat pakaian :

  • Menutup aurat
  • Bentuk pakaian lelaki tidak menyerupai pakaian perempuan dan begitulah sebaliknya.
  • Bukan dari bahan sutera atau emas untuk pakaian lelaki.
  • Pakaian bukan dari sumber pendapatan yang haram.
  • Pakaian tidak menampakkan bentuk badan.
  • Pakaian tidak nipis yang menampakkan warna kulit.
  • Untuk pakaian lelaki berwarna cerah dan tidak berwarna untuk gelap dan kelam bagi wanita. 
  • Pakaian lelaki tidak bercorak dan berbunga-bunga.
Cara berpakaian :

  • Pakaian yang bersih.
  • Memakai bau-bauan bagi lelaki, bagi wanita hanya bila berhadapan dengan suami atau muhrim.
  • Mendahului dengan bahagian kanan dan melepaskannya dengan bahagian kiri.
Aurat lelaki

  • Dengan sesama muhrim menutup sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut
  • Dengan wanita yang halal di nikahi sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut sebaiknya menutup sebahagian tubuhnya. Berpakaian biasa.
  • Semasa solat sekurang-kurangnya menutupi antara pusat dan lutut. Tetapi lebih baik berpakaian sebaik mungkin ketika mengadap Allah swt.
  • Selama bersama isteri tiada batas aurat.
Aurat Wanita
  • Semasa solat menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
  • Sesama wanita muslim.
  • Di hadapan lelaki bukan muhrim adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.
  • Berpakaian sopan tidak menampakkan warna kulit.
Adab Menggosok Gigi
  • Berus gigi menggunakan bahan yang bersih(suci).
  • Memberus menggunakan tangan kanan.
  • Mulai menggosok dari kanan ke kiri.
  • Waktu disunahkan menggosok gigi setelah bangun tidur,sebelum solat,ketika bau mulut berubah,sebelum membaca Al-Quran.
Adab Memotong kuku

  • Berniat ingin mencontohi Rasullullah saw.
  • Sunnah memotong kuku pada hari Isnin,Khamis dan Jumaat.
Adab ke Masjid
  • Berwudhu
  • Memakai pakaian yang bersih dan sopan.
  • Baca doa ketika keluar dari rumah.
  • Mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut atau sandal.
  • Berjalan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Adab masuk dan keluar ke Masjid
  • Melepaskan kasut atau sandal dengan mendahulukan kaki kanan.
  • Ucapkanlah salam kepada orang yang hadir.
  • Mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid.
  • Duduk menghadap kiblat
  • Memohon agar Allah membuka rahmatNya.
  • Sentiasa menyebut nama Allah.
  • Berhenti bercakap hal-hal dunia.
  • Berzikir dengan suara yang perlahan.
  • Mohon keampunan dan bimbingan agar selamat selama di luar.
  • Berniat untuk datang kembali.
  • Mendahulukan kaki kiri ketika keluar dari Masjid.
  • Memberi salam kepada orang yang masih berada di Masjid.
Adab-adab Solat 
  • Merendah diri di hadapan Allah swt.
  • Memahami ayat-ayat yang di baca.
  • Tenangkan diri zahir dan batin.
  • Memahami rukun solat.
  • Khusyuk dengan takut kepada Allah.
  • Rasakan kebesaran Allah ketika bertakbir.
  • Bertasbih dengan merasa kehebatan Allah swt.
  • Selesai solat beristiqamah dengan zikir dan wirid.
Adab Anak terhadap orangtua
  • Mendengar perkataan mereka.
  • Mentaati petunjuk dan nasihat keduanya.
  • Bersegera menyahut panggilan mereka.
  • Merendahkan diri.
  • Tidak memaksa dengan paksaan.
  • Menjaga keduanya selagi terdaya.
  • Jangan derhaka.

Adab memilih sahabat
  • Berakal.
  • Berakhlak.
  • Menyukai kebenaran.
  • Jauh dari yang selalu berbuat kefasikan.
  • Jauhi mereka yang cintakan dunia.
  • Hindari yang suka berbuat dusta.
Adab Bermasyarakat
  • Menghindari diri dari menyakiti hati.
  • Merendahkan diri.
  • Menjauhi bermasam muka.
  • Memberi layanan sama rata.
  • Meminta izin jika memasuki rumah.
  • Selalu bermanis muka.
  • Menepati janji.
  • Menjauhi perselisihan.
  • Merahsiakan keaiban.
  • Membantu sesama muslim.
  • Berbaik sangka.
  • Mententeramkan yang dilanda musibah.
  • Mendekati kaum yang lebih tua dan yang miskin.
  • Menjaga percakapan.
  • Mudah memaafkan.

Comments

Popular posts from this blog

Doa-doa harian

Kehidupan Seorang Wanita.